Wednesday, April 22, 2009


KENYATAAN AKHBAR
-UNTUK EDARAN SEGERA-



PEMBATALAN PERSEMBAHAN TEATER “WANGI JADI SAKSI”
OLEH SAMOEDRA SEDAR 9
25 APRIL 2009
SARAWAK TOURISM CENTRE, KUCHING


21 April 2009, Samoedra Sedar 9 telah mengadakan satu mesyuarat tergempar mengenai produksi persembahan teater “Wangi Jadi Saksi” yang dihadiri oleh tenaga produksi dan pelakon-pelakon yang terlibat dalam teater tersebut.

Setelah diperhalusi dan ditimbangkira Samoedra Sedar 9 telah mengambil ketetapan untuk MEMBATALKAN persembahan teater “Wangi Jadi Saksi”. Keputusan ini diambil demi kepentingan umum dan pihak tertentu yang telah menasihati supaya Samoedra Sedar 9 tidak meneruskan persembahan teater tersebut.

Oleh yang demikian pihak Samoedra Sedar 9, memohon maaf secara terbuka di atas pembatalan produksi ini terutamanya kepada individu dan agensi yang terlibat. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Kepada pembeli-pembeli tiket persembahan ini kami juga memohon maaf di atas pembatalan persembahan teater “Wangi Jadi Saksi”. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Samoedra Sedar 9 akan mengembalikan wang kepada pembeli-pembeli tiket.

Samoedra Sedar 9 ingin memanjangkan ucapan terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan, dokongan dan dorongan daripada semua pihak. Kami mengharapkan agar sokongan dan dokongan dapat terus diperpanjangkan pada masa akan datang.


Sekian, terima kasih.


SAMOEDRA SEDAR 9


No comments: